



PROGRAM HARMONI ANTARA AGAMA
Tentang Program Harmoni Antara Agama
​
Program Harmoni Antara Agama (PHAA) adalah inisiatif pendidikan belia yang berteraskan kepada penghormatan antara penganut agama dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia. Program ini tidak mempromosikan pluralisme agama atau menggalakkan pertukaran agama, sebaliknya memberi penekanan kepada peningkatan kefahaman terhadap latar belakang masyarakat yang berbeza agama agar wujudnya interaksi yang lebih harmoni, beradab dan aman dalam kalangan rakyat Malaysia.
​
IYA menyokong prinsip bahawa setiap agama mempunyai batasnya dan tidak boleh disamakan, namun dalam negara berbilang bangsa dan agama, kefahaman asas terhadap kepercayaan orang lain adalah penting untuk mengelakkan salah faham dan ketegangan sosial.
Program ini diwujudkan bagi:
​
-
Meningkatkan kefahaman belia terhadap pengetahuan tentang komuniti agama berbeza dengan tujuan untuk meningkatkan keupayaan belia untuk berinteraksi secara matang dalam masyarakat majmuk.
-
Melahirkan belia yang menghormati perbezaan tanpa menggugat kepercayaan agama sendiri, dan boleh menjadi agen keharmonian sosial di peringkat komuniti.
-
Mengukuhkan semangat muhibah dan perpaduan melalui dialog antara belia pelbagai latar belakang, untuk memupuk kolaborasi rentas budaya dan agama.
Penegasan Program:
​
-
IYA tidak mempromosikan pluralisme agama sama sekali.
-
Program Harmoni Antara Agama tidak ada unsur yang menyentuh akidah, mempersoalkan agama Islam, atau upacara keagamaan.

-
Setiap topik dikendalikan oleh penceramah yang berwibawa dan dipilih atas dasar akademik dan pengalaman antara budaya.
-
Ilmuwan agama Islam akan berperanan sebagai moderator bagi setiap sesi untuk mengelakkan unsur kufur atau syirik.
Program berlangsung dari 7 Ogos hingga 11 September 2025
1. Apa itu Program Harmoni Antara Agama (PHAA)?
PHAA ialah sebuah program dalam talian yang menghimpunkan belia dari pelbagai latar belakang agama di Malaysia untuk perkongsian tentang komuniti agama berbeza di Malaysia. Matlamat utama adalah untuk membina jaringan belia yang mampu bekerjasama dalam memelihara perpaduan masyarakat majmuk Malaysia.
2. Adakah ini program ceramah keagamaan atau dakwah?
Tidak. PHAA bukan program berbentuk ceramah agama atau bertujuan dakwah. Ia merupakan ruang dialog untuk belia berkongsi maklumat, amalan komuniti, dan pengalaman hidup dalam konteks pembinaan masyarakat.
3. Siapa yang boleh sertai PHAA?
Program ini terbuka kepada semua belia Malaysia berumur antara 18 hingga 30 tahun, tanpa mengira latar belakang agama atau etnik. Ia terbuka kepada individu yang berminat untuk memahami struktur masyarakat majmuk Malaysia dan menyumbang ke arah perpaduan melalui dialog antara komuniti.
4. Apa yang berlaku dalam satu sesi PHAA?
Setiap sesi akan berlangsung selama 1.5 jam (dalam talian) dan menampilkan dua penceramah daripada agama yang berbeza. Mereka akan berkongsi perspektif tentang kepercayaan dan pengalaman masing-masing, diikuti oleh sesi soal jawab bersama peserta.
5. Perlukah saya bercakap dalam sesi?
Tidak wajib. Anda dibenarkan untuk hanya mendengar atau berinteraksi dalam ruang sembang (chatbox), tetapi kami mengalu-alukan soalan atau pandangan sekiranya anda selesa berkongsi.
6. Adakah saya perlu menghadiri semua sesi?
Tidak wajib, tetapi digalakkan. Sebanyak 6 sesi akan diadakan untuk membawa fokus kepada agama dan komuniti yang berbeza. Sijil hanya diberikan kepada peserta yang menghadiri sekurang-kurangnya 4 sesi PHAA.
7. Adakah ini program berbahasa Melayu atau Inggeris?
Program ini akan dijalankan dalam Bahasa Melayu, namun sesetengah istilah mungkin disampaikan dalam Bahasa Inggeris oleh penceramah. Hal ini adalah untuk memberi penjelasan untuk kefahaman semua.
8. Adakah sesi ini akan dirakam?
Sesi PHAA akan dirakam untuk rujukan dalaman. Kami akan memaklumkan peserta lebih awal apabila rakaman dijalankan.
9. Bagaimana jika saya tidak bersetuju dengan sesuatu perkara yang disampaikan?
Perbezaan pandangan adalah perkara biasa. Peserta dialu-alukan untuk bertanya atau memberi respons secara sopan. Moderator akan memastikan perbincangan berlaku secara terbuka, selamat dan hormat.
10. Kenapa penting untuk saya sertai program seperti ini?
PHAA memberi peluang kepada belia untuk:
-
Membina jaringan antara komuniti
-
Memahami peranan dan struktur komuniti agama lain dalam masyarakat
-
Meningkatkan keupayaan kepimpinan dalam konteks masyarakat majmuk
-
Menjadi sebahagian daripada usaha memelihara perpaduan dan keharmonian negara
Soalan lain? Sila tujukan ke contact@aodmalaysia.org
Rangka Program Harmoni Antara Agama

Penceramah dan Moderator untuk Program
Dr. Alwani Binti Ghazali
Fireside Chat 1: Pengenalan kepada Interfaith Youth Alliance dan Agama Islam (7 Ogos, 830pm)​​
-
Memberikan orientasi kepada Interfaith Youth Alliance (IYA) dan struktur kursus pembelajaran maya
-
Memberikan gambaran ringkas tentang landskap agama Malaysia yang pelbagai dan kepentingan memupuk persefahaman antara agama.
-
Menjelaskan hala tuju kursus dan peranan belia dalam menggalakkan keharmonian antara agama
-
Menjelaskan tentang Lima Rukun Islam, peranan Al-Quran dan Hadis, dan kepelbagaian dalam masyarakat Islam di Malaysia
-
Memupuk pemahaman yang bermaklumat dan menghormati tradisi Islam, menangani salah faham umum dan menonjolkan penekanan agama terhadap keamanan, belas kasihan dan keadilan
Fireside Chat 2: Komuniti Penganut Agama Kristian dan Katolik (14 Ogos, 830pm)
Penceramah: Pastor John Jonathan dan Paderi Dr. Clarence Devadass
-
Mempelajari sejarah dan tradisi komuniti agama Kristian di Malaysia.
Fireside Chat 4: Komuniti Penganut Agama Hinduisme dan Sikhisme (28 Ogos, 830pm)
Penceramah: Puan Paramesvari Ramasamy dan Dr. Charanjit Kaur Darshan Singh
-
Mempelajari sejarah dan tradisi komuniti agama Hinduisme dan Sikhisme di Malaysia.
Fireside Chat 3: Komuniti Penganut Agama Buddhisme dan Taoisme (21 Ogos, 830pm)
Penceramah: Encik Gan Chee Wei dan Daozhang Tan Hoe Chieow
-
Mempelajari sejarah dan tradisi komuniti agama Buddhisme dan Taoisme di Malaysia.
Fireside Chat 5: Komuniti Penganut Kepercayaan Orang Asal dan Asli (4 Sep, 830pm)
Penceramah: Puan Angelica Suimin dan Encik Edmund Ross Wiliams Hunt
-
Mempelajari sejarah dan tradisi komuniti penganut Kepercayaan Orang Asal dan Asli di Malaysia.
Fireside Chat 6: Melangkah ke hadapan untuk Negara Harmoni Berbilang Bangsa (11 Sep, 830pm)
Sesi penutup untuk membincangkan inisiatif belia dalam memperkukuh perpaduan nasional tanpa menjejaskan prinsip agama masing-masing.
-
Peserta didorong untuk mengambil peranan aktif sebagai rakyat yang beretika, selari dengan ajaran agama masing-masing dan nilai murni sejagat.
-
Menyediakan platform perbincangan untuk mencadangkan inisiatif atau program komuniti yang menyokong kewujudan bersama secara aman.
