top of page

KRPPM mulakan usaha piawaian baharu bagi tangani isu 3R

ree

Kuala Lumpur, 21 Ogos 2025 - Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) Keharmonian Kaum dan Agama (APPGM Racial and Religious Harmony) telah mengadakan mesyuarat kali kedua pada 20hb Ogos 2025 bagi meneruskan usaha memperkukuh perpaduan nasional dan keharmonian masyarakat. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YB Tuan Syahredzan Johan, Ahli Parlimen Bangi selaku pengerusi KRPPM dan dihadiri oleh ahli-ahli KRPPM termasuk Ahli-ahli Parlimen rentas parti.


Dalam mesyuarat tersebut, KRPPM-KKA telah bersetuju untuk merangka satu dokumen takrifan dan piawaian berhubung ucapan kebencian yang lebih sesuai dengan realiti masyarakat majmuk Malaysia sebagai cadangan garis panduan kepada penguatkuasaan undang-undang serta memperjelaskan peruntukan berkait ucapan kebencian dan isu 3R (kaum, agama dan institusi diraja) termasuk di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia, Akta Keselamatan Dalam Talian serta Kanun Keseksaan. Proses ini akan melibatkan rundingan dengan komuniti dan pihak berkepentingan dalam masa yang mendatang bagi memastikan dokumen itu sesuai dengan konteks dan keperluan Malaysia.


Menuju perangkaan Belanjawan 2026, KRPPM-KKA turut menyatakan sokongan terhadap hasrat Kementerian Perpaduan Negara agar peruntukan kepada setiap Kawasan Rukun Tetangga (KRT) ditingkatkan kepada RM10,000 daripada RM6,000 seperti sedia ada. KRPPM-KKA juga mengesyorkan agar Kerajaan memperkenalkan insentif pengecualian cukai kepada syarikat yang menyumbang kepada aktiviti-aktiviti perpaduan dan pembinaan kenegaraan.


KRPPM-KKA menegaskan komitmen untuk memastikan dasar dan sumber negara terus digerakkan bagi membina masyarakat yang lebih inklusif, bersatu padu dan harmoni.

Comments


Persatuan Pendidikan Diversiti
E-3A-02, Menara Suezcap 2
KL Gateway Mall
59200 Kuala Lumpur
Malaysia
contact[at]aodmalaysia.org
  • Instagram
  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn
  • TikTok
bottom of page