Kumpulan Parlimen Buka Ruang Pandangan Awam Dalam Pembentukan Piawaian Ucapan Kebencian
- Jason Wee
- 2 days ago
- 1 min read

5 Disember 2025 - Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) Keharmonian Kaum dan Agama hari ini mengumumkan pelancaran proses libat urus awal bagi membangunkan takrifan dan rangka piawaian ucapan kebencian, termasuk yang berkaitan isu “3R”.
Inisiatif ini bertujuan menyediakan rujukan yang lebih jelas, objektif dan konsisten bagi mendukung penguatkuasaan undang-undang serta usaha menangani ucapan kebencian secara lebih berkesan. Keputusan ini dibuat setelah sesi-sesi perbincangan awal antara KRPPM-KKA, agensi kerajaan serta pelbagai pihak berkepentingan.
Sebagai langkah pertama, KRPPM-KKA menjemput pihak berkepentingan untuk menyumbang pandangan secara bertulis bagi membantu membentuk kerangka awal sebelum sesi libat urus bersemuka dimulakan. Proses ini merupakan sebahagian daripada komitmen Parlimen terhadap keterbukaan, ketelusan dan penyertaan pelbagai pihak dalam isu-isu berkaitan perpaduan nasional.
KRPPM-KKA mengalu-alukan penyertaan yang konstruktif demi memastikan dokumen yang bakal dibangunkan mencerminkan keperluan, realiti dan kepelbagaian masyarakat Malaysia.
Sekian, terima kasih.
