top of page
BinaxBangkit Logo_Colour.png

Pemecut
Perubahan Sosial

oleh AOD

Tarikh Akhir Permohonan Kohort Ke-3:
28 Disember 2025, 11.59 PM

Menyokong Belia

Apa yang anda lihat sebagai masa hadapan, kami melihatnya sebagai masa kini.

 

Sesiapa sahaja boleh mempunyai semangat untuk mencetuskan perubahan. Namun untuk menjadi tenaga penggerak yang dinamik dan menghasilkan impak yang membawa perubahan, seseorang memerlukan sokongan serta pengetahuan yang tepat. Di sinilah kami berperanan: membantu anda menelusuri masa lalu, merancang masa kini, dan membentuk semula masa depan demi Malaysia yang lebih adil dan inklusif.
 

Inisiatif, projek, kumpulan, dan organisasi belia sering berdepan dengan cabaran struktural dalam usaha mengekalkan kelangsungan dan berkembang secara mampan. Usaha organisasi belia di Malaysia sering terhenti dan sukar diteruskan seringkali atas sebab-sebab berikut: Kekurangan maklumat yang telus, akses kepada rangkaian sedia ada, serta sistem sokongan yang kukuh. 


Bina x Bangkit (BxB) kini dalam edisi ketiga adalah sistem sokongan yang bercita-cita untuk memperkukuh ekosistem advokasi belia bukan berasaskan keuntungan. Bersama kami, dunia idea dan jalan tindakan bertemu dan di sinilah kita memacu perubahan sosial di peringkat sistemik.


Program pecutan ini diwujudkan bagi memupuk dan menyokong organisasi dan inisiatif belia baharu atau sedia ada yang dijalankan secara sukarela, dan berhasrat membina Malaysia sebagai sebuah negara yang inklusif dan saksama untuk semua. Kami menyasarkan untuk menyokong kumpulan yang bekerja ke arah penglibatan dan keharmonian kaum serta agama, kesaksamaan, dan kefahaman antara komuniti, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

BinaxBangkit berbangga kerana telah menyokong organisasi belia berikut:

GSM Logo PNG (Colored).png
solidariti pendidikan.png
589171ac-f634-46b4-8bce-cd21777deb22.png
8c0ef8f8-7348-4ec5-a753-883f945d3570.png
ab73c3ba-bbe9-459b-9aff-c7aa3c3b8137.png
LogoPOP.png
SYM Untitled_1.png
Logo - Ajar Demokrasi (Official)-02.png

Program Pemecut

Tiga (3) organisasi yang layak akan menerima:

Dana permulaan berjumlah RM10,000

Setiap organisasi akan menerima dana permulaan tanpa sekatan sebanyak RM10,000 bagi menyokong usaha penubuhan dan pertumbuhan pada peringkat awal.

Pusingan pertama pembiayaan (80%) akan disalurkan pada Januari/Februari 2026, manakala pusingan kedua (20%) akan disalurkan pada Julai 2026.

Program Induksi Onboarding Away Weekend sebagai satu kohort

Program ini akan diadakan pada 7-8 Februari 2026, menghimpunkan ahli utama setiap organisasi yang terpilih bagi tujuan pembangunan profesional dan peningkatan kemahiran organisasi seperti pengurusan, pendaftaran pertubuhan, penulisan geran, dan perancangan pewarisan kepimpinan (succession planning)

Penerima BxB dari semua inisiatif terpilih akan berkumpul bersama pasukan AOD untuk program Onboarding Away Weekend secara bersemuka. Dalam sesi ini, bengkel pembangunan profesional akan dijalankan, dan matlamat serta hasil yang ingin dicapai sepanjang tempoh pemecut akan dibincangkan dan digubal bersama.

Sokongan Institusi untuk Pertumbuhan

Organisasi yang terpilih akan menerima sokongan dan bimbingan berstruktur, termasuk penggunaan ruang pejabat AOD secara percuma, pengenalan kepada bakal penaja, serta pilihan untuk mendapatkan tajaan fiskal (fiscal sponsorship).

Sokongan ini merangkumi:

  • ​Sesi check-in dwi-bulanan bersama pasukan AOD untuk memantau kemajuan dan menyelesaikan cabaran.

  • Office hours bersama pihak pengurusan AOD bagi tujuan perbincangan idea atau penyelesaian masalah, yang boleh dijadualkan mengikut keperluan.

  • Sesi-sesi kemahiran berkala (skills lab) secara atas talian bagi memperkasa para peserta BXB dengan kemahiran terpilih untuk membangunkan organisasi mereka sepanjang dan melangkaui tempoh BXB!

  • Akses kepada pakar bidang dan pembuat dasar (policymakers) dalam rangkaian AOD.

Sebagai ahli program pemecut, organisasi perlu:

  • Hadir dan terlibat sepenuhnya dalam kedua-dua sesi Away Weekend

  • Menyertai semua sesi check-in yang dijadualkan

  • Melaksanakan sebaik mungkin matlamat yang telah dipersetujui bersama.

  • Bersikap terbuka dan telus mengenai cabaran yang dihadapi supaya ia dapat ditangani dengan berkesan.

  • Bergerak ke arah kemampanan organisasi, termasuk usaha seperti pendaftaran rasmi (sekiranya belum berdaftar), membuka akaun bank, atau merangka pelan pembangunan dan penggantian kepimpinan.

Kelayakan

Inisiatif yang memenuhi syarat berikut layak untuk menyertai Bina x Bangkit (BxB):

1. Pasukan Utama: 

  • Mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) ahli utama yang berada secara fizikal di Malaysia dan menggerakkan inisiatif tersebut. Kebiasaannya, mereka tidak terlibat secara sepenuh masa (iaitu organisasi digerakkan secara sukarela).

2. Dipimpin oleh Belia

  • Inisiatif mestilah dipimpin oleh golongan belia, di mana majoriti ahli pasukan berumur di bawah 30 tahun.

3. Bidang Tumpuan

Inisiatif beroperasi dalam sekurang-kurangnya satu daripada bidang berikut:

  • Pembuatan Dasar (Policymaking):

    • ​Advokasi strategik untuk dasar inklusif, termasuk penglibatan dengan pembuat dasar dan kempen bagi menggalakkan sokongan awam.

  • Pembangunan Keupayaan (Capacity-Building):

    • ​Memperkukuh kemahiran dan proses individu atau institusi bagi meningkatkan tahap keterangkuman (inclusion).

  • Perwakilan dan Penyertaan (Representation and Participation):

    • ​Memastikan komuniti terpinggir mendapat tempat dalam proses membuat keputusan dan dilibatkan secara bermakna.

  • Suara (Voice):

    • ​Menggalakkan dan menonjolkan ekspresi serta pandangan anak muda di Malaysia bagi memperkukuh nilai keterangkuman.

Inisiatif yang melibatkan kerja dengan media, pendidik/guru, atau organisasi berfokus wilayah tertentu (contohnya Borneo atau Pantai Timur) merupakan bidang keutamaan bagi kohort ini.

4. Tempoh Operasi

  • Telah beroperasi selama kurang daripada lima (5) tahun.

5. Kod Tatakelakuan Tanpa Diskriminasi

  • Semua inisiatif perlu mematuhi Kod Tatakelakuan Tanpa Diskriminasi (Non-Discrimination Code of Conduct) sepanjang tempoh sokongan AOD.

Inisiatif yang tidak layak untuk BxB termasuk:

  • Inisiatif kemanusiaan atau bantuan langsung seperti program literasi, kempen vaksinasi, dapur jalanan (soup kitchen), atau penghantaran bantuan perubatan.

  • Inisiatif atau organisasi berasaskan keagamaan.

  • Inisiatif yang melibatkan pembinaan atau pengubahsuaian bangunan.

  • Inisiatif yang dijalankan di luar negara.

  • Organisasi yang telah beroperasi lebih daripada lima (5) tahun.*

  • Sayap atau bahagian/unit di bawah organisasi induk (melainkan mempunyai rancangan untuk beroperasi secara berasingan dari organisasi induk)

  • Organisasi yang tidak berkaitan dengan kesepaduan sosial, demokrasi, atau perubahan dasar.

*Pengecualian boleh diberikan kepada organisasi yang kini tidak aktif (dormant)

Garis Masa & Permohonan

20 November – 28 Disember 2025
📥 Permohonan Dibuka

1 Disember 2025
ℹ️ Sesi Taklimat (Info Session)

Daftar segera di https://tinyurl.com/taklimatbxb3 untuk sertai taklimat BinaxBangkit secara online pada 1 Disember 2025, 8.30 PM bagi berinteraksi dengan AOD untuk bertanyakan soalan, serta mendengar perkongsian pengalaman dari alumni BinaxBangkit. 

9 – 20 Januari 2026
Satu panel yang terdiri daripada staf AOD akan menilai semua permohonan yang diterima.
Pemohon yang disenarai pendek akan dijemput untuk menghadiri sesi temu duga selama 30 minit bersama jawatankuasa pemilihan Bina x Bangkit (BxB), yang terdiri daripada wakil-wakil kakitangan AOD.

21 – 30 Januari 2026
Penerima BxB yang berjaya akan diumumkan, dan proses kontrak akan dijalankan.
Pusingan pertama pembiayaan akan disalurkan dalam tempoh ini.

Februari 2026
🏕️ Kem Pembukaan (Opening Weekend)

April – Oktober 2026
📆 Sesi Pertemuan Dwi-Bulanan (Check-in) bersama penerima BxB

November 2026
🏕️ Kem Penutup (Closing Weekend)
Pemohon perlu menjawab soalan-soalan berikut dalam borang permohonan (tidak melebihi 50 patah perkataan bagi setiap soalan):
  • Apakah isu yang ingin ditangani oleh inisiatif anda?
  • Apakah punca utama kepada isu tersebut, dan bagaimana inisiatif anda menanganinya?
  • Mengapa perubahan ini penting bagi anda dan pasukan anda?
  • Jika inisiatif anda terpilih untuk BxB, apakah matlamat yang boleh dicapai secara realistik sepanjang tempoh pemecut ini? (Jawapan boleh mengandungi perincian projek dan hasil yang diharapkan.)
  • Apakah bentuk sokongan yang paling diperlukan oleh inisiatif anda pada masa ini?
Pemohon juga perlu menyertakan:
  • Maklumat dua (2) ahli teras inisiatif,
  • Dokumentasi projek terdahulu (jika ada),
  • Pautan media sosial inisiatif,
  • Sebarang liputan media berkaitan (jika ada).
Nota: Anda perlu daftar masuk kerana borang ini memerlukan anda memuatnaik dokumen berkaitan bagi melengkapkan permohonan.

Soalan Lazim

1. Bolehkah saya memohon sebagai individu?
Tidak. Inisiatif anda mesti mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) ahli teras untuk layak memohon.

 

2. Adakah inisiatif saya perlu didaftarkan sebagai NGO untuk memohon?
Tidak perlu. Asalkan inisiatif anda mempunyai pasukan yang komited sekurang-kurangnya dua (2) orang, anda layak untuk memohon.

 

3. Berapa ramai ahli pasukan boleh saya bawa ke program Opening & Closing Weekend?
Anda boleh membawa sehingga tiga (3) orang ahli pasukan, termasuk dua (2) ahli teras utama anda.

 

4. Adakah inisiatif saya perlu berpangkalan di Lembah Klang (Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya)?
Tidak. Asalkan inisiatif anda berpangkalan di Malaysia, anda layak memohon. Kami amat menggalakkan penyertaan daripada inisiatif yang berpangkalan di luar Lembah Klang.

5. Bagaimanakah permohonan saya akan dinilai?
AOD mencari inisiatif yang:

  • Sejajar dengan nilai dan visi kami untuk Malaysia yang inklusif;

  • Berpotensi memberi impak mendalam dan meluas;

  • Mempunyai potensi pertumbuhan mampan, atau pelan alternatif yang jelas untuk berkembang;

  • Diterajui oleh pasukan yang kuat dan komited dengan rekod prestasi yang baik;

  • Berfokus pada bidang yang AOD mempunyai kepakaran dan rangkaian luas untuk menyokong;

  • Mempunyai hubungan yang jelas antara punca masalah, intervensi, dan impak yang diinginkan.

6. Inisiatif saya belum pernah menyiapkan projek sebelum ini. Adakah saya masih boleh memohon?
Ya. Bina x Bangkit (BxB) berfungsi sebagai inkubator dan pemecut. Jika anda mempunyai idea yang jelas dan pelan pelaksanaan yang kukuh, anda boleh memohon untuk memulakan inisiatif tersebut. Begitu juga, jika anda telah menjalankan projek sebelum ini, anda boleh memohon untuk mengembangkan dan memperkukuh inisiatif anda.

 

7. Bagaimana kos penerbangan dan pengangkutan ke program Away Weekend ditanggung?
Sekiranya anda datang dari luar Lembah Klang, AOD akan menanggung kos penerbangan dan pengangkutan anda ke lokasi program Away Weekend.

 

8. Adakah kami memerlukan akaun bank untuk menerima bantuan kewangan?
Tidak wajib. Anda boleh menamakan akaun individu untuk menerima dana sementara inisiatif anda membuka akaun rasmi.
Sebagai alternatif, AOD boleh memegang dana tersebut dan membantu mengurus transaksi bagi pihak inisiatif anda.

 

9. Untuk apa dana kewangan boleh digunakan?

Perbelanjaan adalah atas budi bicara inisiatif, tertakluk kepada beberapa syarat - contohnya, dana tidak boleh digunakan untuk membeli alkohol, bahan terlarang, atau membuat pembayaran kepada negara atau organisasi yang disenarai sekatan (sanctioned).

 

10. Apa akan berlaku jika ahli teras menarik diri?

Inisiatif boleh diteruskan dengan seorang ahli teras sahaja. Namun, jika kedua-dua ahli teras menarik diri, penyertaan inisiatif dalam program BxB akan ditamatkan, dan baki dana perlu dipulangkan kepada AOD.

 

11. Adakah inisiatif yang merupakan sebahagian daripada organisasi lebih besar (contohnya sayap belia) layak memohon?

Tidak, inisiatif yang merupakan sayap atau unit di bawah organisasi lain tidak layak, kecuali jika bercadang untuk berpisah dan menjadi entiti bebas.

 

12. Bolehkah saya memohon semula jika tidak terpilih kali ini?

Ya! Kohort ke-4 akan dibuka pada pertengahan tahun 2026, dan anda dialu-alukan untuk memohon semula.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dihantar kepada awang@aodmalaysia.org.

Persatuan Pendidikan Diversiti
E-3A-02, Menara Suezcap 2
KL Gateway Mall
59200 Kuala Lumpur
Malaysia
contact[at]aodmalaysia.org
  • Instagram
  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn
  • TikTok
bottom of page